Friday, May 18, 2007

Pinjaman Peribadi - Kelayakan dan Dokumen

Alang-alang berkongsi tentang kelebihan Koperasi Sejati, di sini saya lampirkan juga kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi ini dan dokumen yang diperlukan...

KELAYAKAN PEMINJAM
  1. Terbuka kepada kakitangan kerajaan.
  2. Berusia 19-54 tahun dan berjawatan tetap serta berkhidmat melebihi 6 bulan (bagi yang bejawatan kontrak mestilah telah berkhidmat melebihi 5 tahun).
  3. Jumlah pendapatan (gaji + elaun tetap) RM500 ke atas.
  4. Jumlah potongan tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun tetap).
  5. Bagi menyelesaikan pembiayaan koperasi lain- gaji bersih mestilah melebihi RM500.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. 1 bulan slip gaji ASAL yang terkini
  2. 3 salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji terkini yang mempunyai pengesahan majikan yang asal (difotostat dalam 1 mukasurat)
  3. ATAU 3 salinan kad kuasa dan surat beranak disahkan oleh majikan (untuk anggota PDRM sahaja)
  4. Salinan buku simpanan gaji (transaksi 3 bulan terdahulu)
  5. Salinan buku simpanan untuk kredit pembiayaan
  6. Bil utiliti (elektrik/ air dan lain-lain)
  7. Setiap penyata / surat penyelesaian hutang (jika berkenaan)

No comments: