Monday, May 14, 2007

Pinjaman Peribadi - Sebab2

ANTARA SEBAB MENDAPATKAN KEMUDAHAN TUNAI @ PINJAMAN PERIBADI :-

SIMPANAN @ ‘SAVINGS’

Untuk tujuan ini kita membuat simpanan atau pelaburan yang memberi pulangan keuntungan yang berganda. Caranya ialah dengan meletakkan wang yang diperolehi dari pinjaman peribadi kepada pelaburan yang lebih baik.
Sebagai contoh, pelaburan yang paling terkenal bagi bumiputera ialah ASB. Seperti yang kita tahu, dividen ASB mencecah 10% - 15% setahun. Katakan dividennya adalah purata 12%,





JUMLAH KEUNTUNGAN :
RM 31,058.45 – RM 19,080.00 = RM 11,978.45


Merujuk kepada jadual di atas, kita dapat lihat keuntungan yang diperolehi sekiranya wang yang diperolehi dari pinjaman peribadi dilaburkan ke dalam ASB. Usah risau kerana risikonya sangat rendah.Tambahan lagi jumlah pinjaman diatas adalah dilindungi insuran. Maka sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal, jumlah pinjaman tidak perlu dibayar lagi. Maknanya pelaburan kita adalah percuma !!

MENYELARAS SEMULA GAJI

Bagi kakitangan kerajaan, kita berpeluang membuat pelarasan semula gaji dengan membuat pinjaman peribadi baru untuk menutup pinjaman lama. Dengan ini dapat meringankan bebanan potongan gaji yang besar kepada potongan gaji baru yang lebih kecil.
Contoh Slip Gaji seorang kakitangan kerajaan;

Dalam contoh di atas, pelanggan ini menanggung beban potongan gaji yang besar tetapi dengan kaedah pelarasan semula, pelanggan ini boleh mengurangkannya dengan membuat pinjaman baru.Contoh potongan Angkasa seperti di atas ialah sebanyak RM1,164.00 untuk pinjaman peribadi di :

  1. Bank Rakyat sebanyak RM 600.00 sebulan (berbaki RM30,000)
  2. AmBank sebanyak RM 564.00 sebulan (berbaki RM25,000)

Apabila dia membuat pinjaman baru RM 55,000.00 dengan bayaran bulanan RM 871.00 selama 10 tahun,

Jumlah potongan gaji selepas pelarasan semula dikurangkan kepada hanya RM 871.00 berbanding RM 1,164.00 sebelumnya.Di sini kita dapat lihat keuntungan pelarasan semula. Gaji bersih pelanggan ini bertambah dari RM 776.00 kepada RM 1,059.00 sebulan. Bermakna pelanggan ini dapat berjimat RM 283.00 sebulan!!

MEMBERSIHKAN NAMA DARI SENARAI HITAM

BERITA BAIK KEPADA MEREKA YANG DISENARAI HITAM KERANA ANDA JUGA LAYAK MEMOHON PINJAMAN PERIBADI INI. Khusus kepada mereka yang disenarai hitamkan tidak kira atas pinjaman kenderaan, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi atau yang lainnya oleh mana-mana bank kerana anda berpeluang menyelesaikannya melalui pinjaman peribadi ini.
Contoh ;
Pelanggan mengalami ‘blacklist’ RM 10,000 dan ingin menyelesaikannya dengan pantas dan mudah. Yang perlu dilakukan hanyalah memohon pembiayaan peribadi sebanyak RM10,000 dan menyelesaikan ‘blacklist’ tersebut. Apa yang perlu dibayar pula hanyalah ansuran pinjaman peribadi RM 159 sebulan tetapi dalam pada yang sama namanya sudah bersih untuk apa-apa pinjaman di mana-mana bank.
Bagi kes sekiranya anda menjadi penjamin kepada penama yang disenarai hitamkan, anda masih boleh membuat pinjaman tanpa menyelesaikan hutang tersebut dengan syarat jumlah hutang adalah tidak melebihi RM 30,000.

LAIN-LAIN

Lain-lain sebab untuk membuat pinjaman pperibadi adalah bergantung kepada kehendak atau keperluan kita sendiri untuk apa jua yang terlintas di fikiran kita.
Bagi yang muslim, masa muda inilah masa yang terbaik untuk menunaikan fardhu haji. Tatkala sihat tubuh badan inilah peluang sebaik-baiknya untuk mengadap kaabah. Jika ditunggu simpanan yang sedikit demi sedikit entahkan bila baru dapat menjejakkan kaki ke Mekah, itu pun jika panjang umur. Tapi dengan membuat pinjaman peribadi niat suci ini dapat disempurnakan dahulu tanpa perlu memikirkan simpanan yang tidak cukup-cukup walaupun setiap bulan potongan gaji ke tabung tersebut dibuat. Dengan pinjaman RM 15,0000 dan bulanan hanya RM 238, kita boleh menunaikan haji dengan kudrat yang masih kuat.
Sekiranya berlaku apa-apa sam ada kematian atau kecacatan kekal, pinjaman adalah ditanggung sepenuhnya oleh insuran. Justeru itu, haji dapat disempurnakan dahulu sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini.

No comments: