Sunday, May 13, 2007

Salam Sejahtera


Halo..

Salam sejahtera dan salam perkenalan semua. Syukur saya kerana berpeluang untuk mewujudkan blog ini. Adalah menjadi tujuan saya mewujudkan blog ini untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang segala yang berkaitan dengan bank-bank di Malaysia. Ini termasuklah perkhidmatan dan servis yang ditawarkan, prosedur permohonan satu-satu pinjaman atau pembiayaan dan undang-undang dan akta berkaitan bank serta hak-hak kita sebagai pelanggan.

Di sini saya akan lebih membincangkan hal pinjaman semula kenderaan dan pinjaman peribadi (kerana itulah skop yang saya mempunyai paling banyak pengalaman...huhu) namun, selain dari itu apa-apa maklumat yang berkaitan dengan bank sama ada tentang akaun simpanan dan pelaburan tidak kira yang berjangka pendek atau jangka panjang, lain-lain pinjaman seperti perumahan dan perniagaan, kad kredit atau apa sahaja sekalipun akan dikongsi bersama untuk panduan dan pengetahuan kita bersama.

Jika ada pertanyaan, kegusaran atau ketidakpastian tentang apa-apa yang berkaitan bank, pinjaman dan pembiayaan pun boleh dibincangkan bersama di sini.

So, rasanya cukup la sampai di sini untuk pembuka bicara. Kita akan terus mula membincangkan hal-hal berkaitan bank pada post saya yang akan datang..Wassalam

1 comment:

Unknown said...

Apakah Anda mencari sebuah pemberian kredit terpercaya dan teruji handal untuk memecahkan masalah Anda, untuk bisnis skala kecil dan menengah untuk eleviate dan memberantas kemiskinan untuk menjadi seorang pengusaha dari Anda sendiri. Zainabloanfirm adalah organisasi yang dapat diandalkan didirikan untuk alokasi sumber daya modal untuk membantu kurang hak istimewa untuk menjadi independen dari Anda sendiri, suku bunga kami adalah 1,5%. kami mendistribusikan pinjaman kami kepada pelanggan dalam durasi 48hours, pemohon tertarik harus menghubungi kami melalui email. Zainabloanfirm@gmail.com